Wednesday, October 28, 2009

RESEPI KEK


Pelbagai jenis resepi kek menggunakan tepung kek segera keluaran SNZ.


KEK COKLAT LEMBAP


250 gm mentega
5 biji telur
1 cawan air sejuk (ais)
1 bungkus tepung coklat lembap SNZ

Cara membuatnya:
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang
2. Masukkan telur satu persatu hingga kembang
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit, kacau sebati
4. Masukkan air sejuk yang dibancuh dengan coklat dan gaul sebati
5. Bakar selama 45 minit
6. Bila kek dah masak siram dengan coklat yang dimasak dengan setengah cawan air sampai pekat.
7. Tabur coklat rice di atas kek.

KEK LEMON

250 gm mentega
5 biji telur
1 cawan susu pekat manis (200 ml)
2 biji lemon - parut kulit
1 sudu teh esen vanilla
1 bungkus tepung kek lemon SNZ

Cara membuatnya:
1. Perah sebiji lemon dan ambil jusnya
2. Pukul mentega dengan gula hingga gebu
3. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga kembang
4. Masukkan susu pekat manis, jus lemon, lemon dan esen vanilla gaul sebati
5. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul sebati
6. Bakar selama 45 minit

KEK PANDAN

250 gm mentega
5 biji telur
1/2 cawan air sejuk (ais)
1 bungkus tepung kek pandan SNZa kembang

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang
3. Masukkan tepung dan air sejuk yang dibancuh bersama perasa pandan
4. Kacau sebati
5. Bakar selama 45 minit

0 comments:

Post a Comment

 

SNZ Cemerlang Enterprise AS0302697-P Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice